Bengkel “Kamek Maok Kacak Juak Bah”
26 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac dan 25 Mac 2018 telah berlangsung bengkel “Kamek Maok Kacak Juak Bah” kerjasama dengan Mary Kay Beauty dan PI PPR Batu Gong bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Batu Gong dan PI Kg Quop. Seramai 9 orang peserta dan 11 orang peserta dari kampung quop mengambil bahagian dalam bengkel ini. Bengkel ini bukan sahaja mengajar cara-cara untuk makeup, malah turut memberi tips-tips penjagaan wajah dan anggota badan. Bengkel yang berlansung selama 3 jam ini mampu memberikan perubahan yang amat ketara kepada para peserta iaitu mereka lebih berkeyakinan dalam penggunaan makeup dan tahu menggunakan makeup yang sesuai mengikut tema majlis-majlis tertentu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: